CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

HoLa !!!

WeLCoMe To My BLoG!!!

IsLaM iN My HeaRT...

IsLaM iN My HeaRT...

yahoo

Make Yahoo! your home page
Preview the all-new Yahoo! home page

Yahoo!

Finance Music Tech Mail My Yahoo!My Yahoo! Messenger
Yahoo! Answers:
Ask a question |
Answer questions

Thursday, March 26, 2009

SuaRa YanG Di DenGaR MaYaT...


Perkara yang akan mengikuti mayat ada tiga perkara:

    1. Keluarga
  1. Harta
  2. Amalan

Keluarga dan hartanya akan kembali.
Sementara amalannya akan tinggal bersamanya.


Maka ketika Roh meninggalkan Jasad…Terdengarlah suara dari langit memekik, “Wahai fulan bin fulan…Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang telah meninggalkanmu. Apakah kau yang mengumpul harta kekayaan, atau kekayaan yang mengumpulmu. Apakah kau yang mengubur dunia, atau dunia yang menguburmu.”

Ketika mayat menggeletar akan dimandikan…Terdengar suara memekik, “Wahai fulan bin fulan…Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah. Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini tidak bersuara. Mana telingau yang dahulu mendengar, mengapa kini tuli dari sribu bahasa. Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib.”

Ketika mayat siap dikafan…Suara dari langit terdengar memekik, “Wahai fulan bin fulan…Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha, celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah. Wahai fulan bin fulan…Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh, tanpa bekal kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar sebuah tujuan yang penuh pertanyaan.”

Ketika mayat diusung…Terdengar dari langit suara memekik, “Wahai fulan bin fulan…Berbahagia apabila amalmu adalah kebajikan. Berbahagia apabila matamu diawali taubat. Berbahagia apabila hidupmu penuh dengan taat.”

Ketika mayat siap disolatkan…Terdengar dari langit suara memekik, “Wahai fulan bin fulan…Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat apabila baik maka kau akan melihatnya buruk.”

Ketika mayat dibaringkan di liang lahad…Terdengar suara memekik dari langit, “Wahai fulan bin fulan…Apa yang telah kau siapkam dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini. Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau tertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa.”

Ketika semua manusia meninggalkan mayat sendirian…Allah berkata kepadanya, “Wahai hambaKu…Kini kau tinggal seorang diri tida teman tiada kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap…Mereka pergi meninggalkanmu…Seorang diri, padahal kerana mereka kau pernah melanggar perintahKu. Hari ini, akan Ku tunjukkan kepadamu kasih sayangKu yang kan takjub seisi alam. Kasih sayangKu lebih dari kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.”

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman, “Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang pua lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu yang baik dan masuklah ke dalam JannahKu.”

Semoga kematian akan menjadi pengajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah menganjurkan kita supaya sentiasa mengingati matidan dalam seuah hadis beliau bersabda, “Cukuplah mati menjadi pelajaran bagimu.”

Semoga bermanfaat bagi kita semua. Sesuatu yang bagi sebahagian orang amat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita menemuiNya??

Sunday, March 22, 2009

PeSaN RoH KePaDa MaNuSiA...

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata, “ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku sedang beristirehat dari sakaratul maut”.

Selepas itu, mayat bersuara pula sambil merayu, “ Wahai orang-orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangkan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh. Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat pun diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, isteri atau suami, anak-anak buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan, “ Demi Allah, wahai jelmaanku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu, anak-anakku menjadi yatim, maka janganlah kamu menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar ari rumahnya dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan di atas pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya dihantar ke kubur Selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan, “Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk wariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab amalanku padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Roh akan menuju ke tujuh tempat:

o Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin

o Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus

o Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurg Illiyiin

o Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mreka

o Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari akhirat

o Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik

o Roh orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin. Mereka diseksa berserta jasadnya hingga hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “ Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

o Orang yang mati syahid

o Orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadan

o Orang yang berpuasa di hari Arafah.”

Friday, February 27, 2009

JiWa TeNanG HaDaPi DuGaaN...

Eksperesi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini yang bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.
Namun, apabila lima huruf itu - C.I.N.T.A - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, kita terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama-kelamaan, ia pasti boleh dihadapi. Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kita perlu beringat bahawa cinta itu datangnya dari Allah dan sebaik-baik percintaan adalah cinta terhadap-Nya.
Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.

  • Latih minda melupakan kenangan pahit
  1. Bunyinya memang senang namun bagi yang menghadapinya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedihsebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu ke memori silam yang sering melukakan. Untuk itu, anda harus mengatakan 'berhenti' pada diri dari terus mengingati perkara yang melukakan tersebut terutama ia memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masa kini.
  2. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda anda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk fokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan. Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekaligus tetapi lakukanlah perlahan-lahan. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin yang kuat, segalanya akan berubah.
  • Buang sikap risau
  1. Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada fizikal mahupun mental.
  2. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
  • Belajar bersyukur
  1. Ucap syukur atas semua yang ada, apa sahaja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh menarik nafas setiap kali bangun tidur dan sebagainya. Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa bersyukur itu meresap jauh dalam diri.
  • Belajar jadi pemaaf
  1. Pembalasan dendam yang paling sempurna adalah dengan memberi kemaafan.
  2. Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan san emosi negatif. Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang dalam minda anda.
  3. Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri atau tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain. Belajarlah jadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang kepada diri anda.
  • Ketawa, ketawa dan terus ketawa
  1. Ketawa bukan dibuat-buat tetapi biarlah ketawa yang menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.
  2. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan edih sedangkan anda boleh ketawa dan bergembira?
  • Hati mesti 'keras'
  1. Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda yang lalu.
  2. Sebelum tidur, tetapkan minda untuk menjadi ceria pada keesokan harinya. Selepas bangun tidur, katakan pada diri bahawa ini adalah hari yang baru untuk anda.
  3. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik mungkin daripada hari yang sebelumnya.

Monday, September 15, 2008

KiSaH SeRaM KaKi PanCiNG...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.�

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then.....

tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe... rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Tuesday, August 26, 2008

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢?¦"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?"

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan..

PosT YouR CoMMenT...

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>